subscription options

About me

advertising


by matjejakrasul

Search This Blog

Loading...

Saturday, February 13, 2010


Ehmm.. ada sedikit cerita sebentar tadi, kakak hamba datang dari Kuantan datang secara 'bidan terjun' ke 'pondok tunggu padi' kami sekeluarga di Bukit Kuang Kemaman.

Kemesraan singkat itu hanya berkuatkuasa lebih kurang 1 jam saja. Beliau yang ditemani anak sulong nya si-Nurulhidayah itu yang agak keringgusi untuk bercakap banyak, low profile konon nya. Dia sendiri agak kurang sedar agak nya mungkin tidak mengetahui yang ayah saudaranya ini mempunyai pengaruh yang kuat kuat dirumah nya itu.


Cik Ha ini datang untuk menambah bekalan yang kehabisan sejak seminggu lalu, alhamdulillah produk bunga crystal nya mendapat sambutan yang baik setakat ini semoga ianya terus baik diwaktu seterus nya insya Allah. Adik ipar nya yang juga selaku ibu kepada anak anak saya itu telah menjual barangan tersebut kepada beberapa kenalannya. Mungkin juga jika diperkembangkan lagi pasaran nya, insya Allah sambutan nya semakin 'menjadi'.

Jika tiada halangan nanti insya Allah saya akan muatkan lagi satu lagi produk kecantikan pula iaitu sabun pencuci muka dari tompok tompok atau parut parut kecil jeragat dan sebagai nya.

Bersama ini dimuatkan juga beberapa contoh cenderamata yang dimaksudkan itu, dan harga tawaran nya adalah mengikut kategori crystal tersebut. Antaranya terdapat juga barangan yang berharga rm 36.00, 45.oo, 60.00 dan 72.00 kesemuanya termasuk belanja penghantaran. Jika datang sendiri untuk mendapatkan nya kita orang akan potong lagi harga kos parcel atau poslaju.

Boleh juga tinggalkan pesan melalui 'kotakjerit' laman ini dan emelkan saja ke norazman3@gamail.com dan sila lawat laman ini.




Friday, January 22, 2010


Salam kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang saya kasihi dan muliakan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saya salah seorang guru yang bekerja di Pahang agak terkilan dengan Kementerian Pelajaran pada hari ini. Penambah baik dari TPM pada hari ini cukup ketara, cukup berbeza, cukup baik dan membantu bangsa Melayu. Cuma ada perkara yang cukup menyiksakan pada guru seperti kami pada hari ini.

Tuntutan Perjalanan (TNT) kami sering menjadi permasalahan.Terlalu lewat sehingga mengambil masa lebih dari 6 bulan dan kadang-kadang ada tuntutan tidak dibayar walaupun segala prosidur telah dilengkapkan.

Pada tahun ini saya salah seorang guru yang terbabit tidak menerima sebarang pembayaran tuntutan lagi bermula bulan Februari hingga sekarang. Alangkah peritnya kami menanggung beban seperti ini. Guru sukan seperti kami tidak layak menerima elaun dan ini amat memeritkan.

Pergerakan kami memerlukan kos yang tinggi untuk ke satu-satu tempat membawa pelajar mahupun berkursus di tempat yang jauh. Kadang-kadang kami hilang minat, hilang keupayaan, kurang memberi perhatian dan mencari alasan menolak apabila dikehendaki bekerja di luar sekolah untuk membawa pelajar menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian, Jabatan mahupun PPD.

Lebih baik kami berada di sekolah dan mengajar. Kami guru tidak seperti sektor yang lain, tidak mempunyai (overtime) elaun kerja lebih masa. Sudah banyak guru berkorban membantu anak murid. Janganlah kami menjadi mangsa korban. Sehingga ada guru pada hari ini bersikap sinis dan tidak berpuas hati.

Ada segelintir guru dan kakitangan kerajaan yang melaungkan '1Malaysia, rakyat di dahulukan' - bermakna kita rakyat, kakitangan kerajaan dan guru-guru menjadi tunjang utama menjadi mangsa kerajaan dari segi pembaziran dari wang ringgit rakyat dan ketidakadilan serta menjadi korban kerajaan.
Pencapaian diutamakan - pula bermaksud setelah menjadi korban pihak kerajaan dengan kesusahan yang rakyat dan kakitangan kerajaan hadapi untuk Malaysia, pencapaian dapat dilaksanakan.

Kadang-kadang saya bersetuju dengan pendapat itu. Saya bukanlah penyokong parti pembangkang, tetapi apa yang diwar-warkan seperti ini mampu melumpuhkan semangat orang Melayu untuk bersatu.

Saya memohon TPM membuat penambahbaikan sistem TNT Guru-guru di Pahang. Saya menyokong PTD harus berada di PPD agar PPD tidak membelanjakan wang terlalu boros hingga menyiksakan guru-guru di bawah ini.

TNT pegawai di PPD cepat dibayar. TNT guru di sekolah selalu dibekukan sehingga ada hujung tahun di PPD. Alasan selalu diberikan ialah pihak kewangan tidak mampu membayar kerana Kementerian Pelajaran belum memasukan dana.

Itulah alasan selalu diberikan. Sekiranya masih berlaku seperti ini akan berlaku kesukaran bagi guru-guru untuk membawa pelajar menyertai aktiviti luar daerah mahupun negeri. Kami berbangga sejak TPM memegang Jawatan Menteri Pelajaran perubahan begitu ketara dan amat baik berbanding sebelum ini. Rakyat di utamakan!

sysham
Selatan Pahang......s/h399


Wednesday, December 2, 2009

Tanam Ari Ari Bayi


Al Qur’an, sunnah maupun ijma’ para ulama tidaklah menyebutkan hukum tentang perlakuan terhadap ari-ari seorang bayi yang baru dilahirkan.

Ari-ari  adalah seperti bahagian-bahagian tubuh manusia lainnya yang terlepas dari tubuhnya sehingga tidak ada perlakuan khusus terhadapnya. Jadi pada dasarnya boleh saja ia dibuang, dilempar ke laut atau lainnya selama hal itu tidak mencemari kebersihan dan kesehatan lingkungan, mengganggu keselesaan orang lain atau dengan kata lain tidak memberikan mudharat kepada orang lain kerana bau yang ditimbulkannya.

Namun demikian yang terbaik untuk menghindari itu semua tentunya adalah dengan menguburnya kedalam tanah serta untuk memuliakan anak Adam yang baru dilahirkan itu, sebagaimana perlakuan terhadap anggota tubuh lainnya yang terlepas darinya.

Didalam tafsir al Qurthubi bahwa al Hakim at Tirmidzi menyebutkan didalam kitab “Nawadir al Ushul” bahwa Nabi saw bersabda,”Potonglah kuku-kuku kalian dan kuburkanlah potongan-potongan kuku kalian, bersihkan sela-sela jari kalian, bersihkan gusi kalian dari makanan dan gosoklah gigi kalian. Janganlah kalian mendekatiku dengan muluat yang bau.”

Didalam penjelasannya tentang penguburan potongan-potongan kuku itu, dia mengatakan bahwa jasad seorang mukmin memiliki kehormatan maka apa saja yang terlepas darinya ia harus tetap dijaga kehormatannya dan sebaiknya ia dikuburkan sebagaimana apabila orang itu meninggal dunia. Dan apabila sebagiannya telah mati maka ia pun juga harus dihormati dengan dikuburkan agar tidak tercerai berai dan janganlah dibuang ke api atau ke tempat sampah. (al Jami’ Li Ahkamil Qur’an juz II hal 102)

Jadi apabila ari-ari tersebut dikuburkan maka sesungguhnya ia adalah penguburan biasa, tidak ada syarat syarat tertentu didalamnya dan tidak perlu meletakkan penerangan diatasnya apalagi disertai dengan berbagai keyakinan-keyakinan yang mengandung unsur-unsur kesyirikan. - Ustadz Sigit 

Wallahu A’lam


Friday, October 30, 2009


KECOH LAGI PASAL SEJADAH. DARI INSIDEN BERDIRI SENDIRI UNTUK MENUNAIKAN SOLAT, AMBIL WHUDU', KINI SEJADAH DAH JADI WAKIL PERGI LAK MEMINANG ANAK DARA ORANG. KEJADIAN INI TANPA DISEDARI BERLAKU BEMASA AKU MENGIKUTI SATU ROMBONGAN MEMINANG. SALAH SATU BARANGAN HANTARANNYA IALAH SEKEPING SEJADAH YANG TELAH DIUBAH MENJADI KIPAS (GAMBAR).

MASING2 SEMUA TAK AMBIL PEDULI MELIHAT SEJADAH DAH JADI KIPAS. APA YANG PENTINGNYA IALAH SEJADAH NI AKAN DISERAHKAN PADA PIHAK GADIS YANG DIPINANG DAN SETERUSNYA DITERIMA PINANGAN TERSEBUT. PALING SADISNYA IALAH SYAITAN2 PUN BAKAL MERAUNG BILA DUA INSAN INI NANTI AKAN DIIJABKAN SECARA HALAL APATAH LAGI SEJADAH ITU JUA AKAN DIHAMPARKAN UNTUK PASANGAN DUA SEJOLI TERSEBUT UNTUK MENUNAIKAN SOLAT PADA YANG MAHA ESA. WALLAHUAALAM.

- cendawan Malaya

Friday, September 25, 2009

GAMBAR (kiri); Ibu dua anak menutup muka selepas ditangkap khalwat oleh Jaips di Hotel Putra Palace, Kangar semalam. (kanan); Seorang lelaki menunjukkan kek yang dibelinya bagi meraikan ulang tahun kelahiran isteri pada hari isterinya ditangkap khalwat semalam.

Hasrat seorang suami untuk meraikan ulang tahun kelahiran isterinya berkecai apabila wanita itu ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki bukan Islam di sebuah hotel di sini, awal pagi semalam.

Malah, suami wanita berkenaan menyaksikan sendiri isterinya ditahan bersama lelaki terbabit oleh sepasukan empat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), kira-kira jam 5.30 pagi.

Wanita berkenaan yang genap 31 tahun kelmarin, bertugas sebagai pegawai imigresen di Sungai Petani dan pasangan itu mempunyai dua anak perempuan berusia dua serta enam tahun.



Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, ketika dihubungi berkata empat anggota Jaips menyerbu hotel itu selepas menerima maklumat awam.

"Apabila pintu bilik hotel diketuk, wanita itu membukanya, manakala teman lelakinya berada di atas katil. Wanita itu memberi alasan kononnya sedang mengadakan perbincangan perniagaan dengan lelaki berkenaan," katanya.

Lelaki berusia awal 30-an itu bagaimanapun, dibebaskan kerana bukan Islam, manakala wanita berkenaan dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 serta seorang penjamin, kira-kira jam 12 tengah hari semalam selepas keterangannya diambil.


Abdul Malik berkata, wanita itu akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah, Rabu ini, mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis yang boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, suami wanita berkenaan yang juga berusia 31 tahun, ketika ditemui berkata, beliau membeli kek bernilai RM35 dan sejambak bunga untuk meraikan ulang tahun isterinya, malam kelmarin.

"Ketika sampai di pekarangan rumah di Sungai Petani, saya melihat isteri bergegas menaiki kereta seorang diri dan saya mengekorinya sehingga sampai di sebuah hotel di sini," katanya.

Beliau yang bertugas sebagai juruteknik kanan sebuah kilang, mengakui sebelum ini ada mendengar khabar angin berhubung kecurangan isterinya yang mempunyai empat telefon bimbit.

"Kini ia ternyata benar," katanya sambil menunjukkan kek kegemaran isterinya itu. nasib badan..

- b/harian

Friday, August 28, 2009


hanya gambar hiasan


Semasa saya masih kecil lagi, saya sudah dikenali diantara adik beradik yang lain, sayalah salah seorang anak yang 'terbilang' dengan kenakalan nya. Namun kerekter itu semakin pupus ditelan masa, apatah lagi dengan peralihan zaman dari masa ke semasa.

Aku masih kecil dan tidak mengerti apa apa lagi di ketika itu. Lewat tahun 60'an dan di awal 70'an. Arwah ibu ku saban hari di setiap pagi bangun untuk menyediakan sarapan pagi untuk kami adik beradik berangkat ke sekolah. Sekolah Kebangsaan Pontian Pahang, masih lagi terngiang ngiang dalam ingatan ku.

Antara kueh yang menjadi favoruit kami sekeluarga di waktu pagi termasuklah 'tepung kapor', dan mee hoon goreng. Inilah masakan yang sering arwah ibu memasak nya untuk bekalan kami ke sekolah. Kini kueh tepung kapor semakin sukar didapati, dan bakat membuat nya tidak mengalir turun kepandaian nya kepada adik beradik ku yang lain. Kueh ini juga cukup di gemari oleh keluarga keluarga sederhana seperti keluarga kami.
Hingga kini masakan tersebut masih lagi di minati, walau pun ianya sudah semakin pupus. Kami cukup merindui nya, apatah lagi ianya merupakan antara kueh yang menjadi sejarah kami semasa kecil dahulu.

Makan tengahari dan makan malam keluarga ku suatu ketika dahulu sekitar 70'an, cukup teruja dengan lauk pauk masakan arwah ibu. Tumis belacan menjadi kegemaran kami sekeluarga, memang menjadi santapan keseronokan kami semua di waktu itu. Ibu ku cukup pandai memasak nya, entahlah kepandaian itu menurun kepada anak anak nya atau tidak. Setakat ini hanya anak nya yang ke 8 sahaja di dapati ada sedikit bakat dalam bidang masakan, itu pun tidak sedap mana,.. keh.. keh.. gurau jer simah weh..

Ibu ku juga merupakan antara pakar membuat ketupat pulut dan dodol. Hampir setiap tahun di kala syawal menjelang ada pelanggan menempah ketupat pulut dari nya. Pernah juga saya sendiri ada membantu arwah emak menyiapkan kueh dodol untuk jualan. Tetapi kenakalan aku sukar di bendung ketika itu. Sambil sambil kacau dodol sempat lagi mengaut dodol yang masih belum masak untuk dimakan. Sehinggakan emak sering marah marah dengan perbuatan aku. Namun begitu kasih sayang se orang ibu tidak bertepian, walaupun penat saban hari mendidik kami.

Kemahiran arwah ibu kami di bidang masakan cukup sukar untuk di nafikan, bukanlah untuk memuji sendiri, mungkin ia nya turun menurun kepandaian itu dari arwah ibu nya, iaitu nenek kami yang bernama Wook. Kemahiran nya dalam masakan nasi dagang dan pulut panggang amat sukar dicari ganti di waktu itu, sekitar tahun 50, 60 dan 70'an dan bertempat di Kuala Pontian Pahang. Jika datuk kami Pak Teh Da atau nama nya Muda bin Su merupakan pakar membina bot, isteri nya pula pakar di bidang masakan dan titisan itu menurun pula ke menantu lelaki nya Pak Long Usop atau Haji Yusof juga merupakan seorang tukang kayu serta pandai membina rumah dan membuat bot bot untuk nelayan di laut. Begitulah pula dengan isterinya Long Melah yang pandai di bidang masakan tradisi nya. Ada patat siput, katanya.

Jumpa lagi di lain keluaran - mat cendawan busu

Friday, July 31, 2009


Sebanyak empat buah sekolah dengan 3,288 pelajar di negeri ini ditutup sehingga Ogos ini selepas lapan pelajarnya disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1) di sini semalam.

Arahan itu membabitkan 1,220 pelajar Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Kuantan, 680 pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SMSTA) Raub, 571 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Jengka Maran dan 817 pelajar SMK Clifford Kuala Lipis.



Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, arahan penutupan tersebut dibuat selepas lima pelajar di SMK Clifford Kuala Lipis dan masing-masing satu di SMART, SMSTA serta SMK Sri Jengka disahkan positif H1N1.

"SMART dan SMK Clifford ditutup mulai hari ini (semalam) sehingga 7 Ogos ini, manakala SMSTA sehingga 6 Ogos. SMK Sri Jengka ditutup mulai semalam (kelmarin) sehingga 5 Ogos ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam. Setakat ini di negara kita, sasaran penyakit ini masih tertumpu ke pusat pusat pengajian dan kem kem penempatan para belia.

-editkosmo/317


 

Sponsers